Wednesday, 7 December 2011


KITARAN AIR




Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. 



Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat" ...dan juga "bermula".

KESAN-KESAN AKTIVTI MANUSIA


JEREBU DI MALAYSIA


APAKAH ITU JEREBU?

Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
* Pembakaran terbuka
* Pembukaan tanah
* Penggunaan kenderaan bermotor
* Pembakaran bahan api industry
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
* Tempoh cuaca kering yang panjang
* Keadaan atmosfera yang stabil
* Sumber pencemaran yang pelbagai.


Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
* Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
* Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan.
* Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
* Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar.
* Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
Langkah Mengurangkan Masalah Jerebu
* Hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka.
* Peningkatan kenderaan bermotor di jalanraya.
* Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah boleh mengurangkan jerebu.

BANJIR


Faktor-Faktor Berlaku Banjir
Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

1. Hujan yang berterusan.
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai.
2. Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.
3. Hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.
4 . Hutan tadahan.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
5. Pemusnahan hutan
Ini menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan.
6. Sistem perparitan tidak terancang.
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.



                                        Keadaan Banjir di Johor Bahru (Sumber : Wikipedia)













TANAH RUNTUH


Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia.
Kawasan tanah runtuh boleh berlaku:
* di kawasan dimana tanah runtuh sudah berlaku, sama ada baru atau lama
* di kaki atau permukaan atas cerun
* di kaki atau permukaan atas cerun timbun yang lama
* di kaki atau permukaan atas cerun potong yang menegak.


Tanda-tanda sebelum berlakunya tanah runtuh :
* Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terdapat atau terjadi
* Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima
* Ketandusan tanah pada "foundation" sesuatu pembinaan
* Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget bergerak daripada struktur utama rumah
* Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit.